Sinar Harian
SHAH ALAM - UMNO Cawangan SS9A Damansara mengusulkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Parlimen Damansara diserahkan kepada UMNO bahagian itu sebagai peneraju utama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).Ketuanya, Amin Shukor berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira gerak kerja BN Damansara yang diterajui MCA tidak mempunyai perancangan jelas serta kurang menunjukkan usaha progresif sejak beberapa dekad lalu.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keperluan untuk perubahan kepimpinan dilihat sebagai langkah rasional dan konstruktif bagi mengukuhkan semula kedudukan BN di kawasan berkenaan."Setelah beberapa dekad BN Damansara yang diterajui MCA tidak memperlihatkan usaha yang progressif malahan tiada kerangka jelas atau usaha efisien bagi menangani permasalahan ini."Malah, sehingga kini masih tiada halatuju, perbincangan mahupun pelan jelas ke arah menghadapi PRU-16," katanya dalam satu kenyataan dikongsi beliau di Facebook pada Isnin.Amin berkata, UMNO Bahagian Damansara merupakan antara penyumbang terbesar dari segi tenaga kerja setiap kali pilihan raya, selain konsisten dalam gerak kerja parti di peringkat akar umbi."Justeru, mandat sebagai peneraju utama wajar diberikan kepada UMNO bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan berkesan," ujarnya.Beliau turut mendakwa, kepimpinan sedia ada dilihat bermusim dalam menjalankan tanggungjawab, selain wujud layanan ‘double standard’ terhadap UMNO walaupun parti itu terus menyumbang secara konsisten sejak sekian lama.Katanya, pendekatan sama tanpa perubahan hanya akan menyebabkan BN Damansara terus berdepan kesukaran untuk mencipta kemenangan."Tanpa usaha, hala tuju dan kerangka jelas, BN Damansara boleh dianggap tewas lebih awal sebelum masuk gelanggang pilihan raya," jelas beliau.
Go to News Site