Collector
SPRM kawal ketat majlis dihadiri Azam, elak insiden kekecohan berulang | Collector
SPRM kawal ketat majlis dihadiri Azam, elak insiden kekecohan berulang
Sinar Harian

SPRM kawal ketat majlis dihadiri Azam, elak insiden kekecohan berulang

KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengawal ketat Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang dihadiri Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini pada Selasa.Tinjauan mendapati setiap pintu masuk menempatkan kawalan daripada pasukan keselamatan Skuad Taktikal Khas (ACTS) SPRM.Majlis yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan tidak diingini.Kawalan itu turut mendapat kerjasama polis bantuan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).Petugas media yang hadir membuat liputan juga perlu membuat pendaftaran dan diberi pas khas.Majlis formal itu turut dihadiri ahli Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) serta pegawai kanan SPRM.Sinar Harian difahamkan kawalan ketat itu bagi mengelakkan insiden kekecohan yang berlaku semasa Wacana Ilmiah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur 7 April lalu.Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu berlaku apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam dengan memegang sepanduk dan menjerit.Dalam insiden itu suasana dewan bertukar tegang apabila salah seorang daripada individu terbabit bertindak menjerit sambil cuba meluru ke hadapan pentas.

Go to News Site