Sinar Harian
SHAH ALAM- Kerajaan Madani akan menyegerakan bantuan yang diperlukan Sekolah Menengah Ugama SMU Arab (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah susulan kejadian kebakaran pada Ahad.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama dengan semua pihak juga akan dilakukan bagi mempercepatkan kerja pemulihan dan memastikan sekolah tersebut kembali berfungsi seperti sediakala."Insiden ini merupakan satu ujian besar buat warga SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah. Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi-agensi lain yang terlibat untuk menyegerakan tindakan tuntas."Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas akibat kejadian tersebut," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, blok akademik, bilik penyelia serta asrama pelajar lelaki SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah di Kampung Kolam, Pak Badol, Bachok, Kelantan musnah dalam kebakaran pada Ahad.Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.Menurutnya, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke kawasan selamat sebaik kejadian berlaku.Anwar turut meberitahu kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan."Seperti yang saya tegaskan sebelum ini yakni soal keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelajar diutamakan," ujarnya.
Go to News Site