Collector
Dunia bergolak, ekonomi Malaysia kekal kukuh - AMK | Collector
Dunia bergolak, ekonomi Malaysia kekal kukuh - AMK
Sinar Harian

Dunia bergolak, ekonomi Malaysia kekal kukuh - AMK

SHAH ALAM – Ketidaktentuan geopolitik dunia khususnya konflik di Asia Barat berpotensi menjejaskan ekonomi dunia termasuk Malaysia.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, meskipun Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi, negara tetap tidak terkecuali daripada tempias krisis tersebut."Namun di sebalik ketidaktentuan dunia, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh apabila Bank Dunia bukan sahaja mengekalkan unjuran pertumbuhan, malah menaikkannya dua kali daripada 4 peratus kepada 4.4 peratus."Ini bermakna peluang pekerjaan terus berkembang, perbelanjaan rakyat kekal aktif dan ekonomi domestik terus bergerak walaupun dunia bergelut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Beliau berpandangan, pencapaian tersebut bukan berlaku secara kebetulan sebaliknya hasil daripada pengurusan ekonomi yang tersusun serta dasar kerajaan yang tepat.Malah menurutnya, laporan antarabangsa seperti Nikkei Asia turut menyifatkan Malaysia sebagai 'hebat dalam diam' dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus selama dua tahun berturut-turut.Dalam masa sama Danish mengakui cabaran masih wujud khususnya melibatkan kos subsidi bahan api yang kini mencecah sekitar RM4 bilion sebulan akibat tekanan harga global."Isu harga bahan api memerlukan keseimbangan antara menjaga kebajikan rakyat dan memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan."Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan subsidi bersasar yang lebih realistik dan bertanggungjawab serta berpaksikan masa depan."Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami bahawa krisis tenaga yang sedang berlaku ini adalah isu global yang serius, bukan sekadar masalah tempatan," ujarnya.

Go to News Site