Sinar Harian
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia tidak boleh lagi hidup dengan tahyul lama apabila menganggap negara ini masih mempunyai ruang besar untuk menanggung subsidi seperti dahulu.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, ia kerana jumlah pengeluaran minyak mentah negara sudah menurun berbanding pengeluaran pada 2008.Beliau memaklumkan, penurunan direkodkan sekitar 700,000 tong sehari kepada lebih kurang 340,000 tong sehari pada masa sekarang."Bab petrol dan diesel ini, kita kena cakap dengan jujur. Malaysia hari ini bukan Malaysia pada 2008."Dahulu, pengeluaran minyak mentah kita jauh lebih tinggi daripada penggunaan dalam negara. Memang ada 'buffer', sekarang tidak lagi."Tetapi penggunaan petrol dan diesel terus naik, setakat 2023 sudah sekitar 480,000 tong sehari. Maknanya kita tak boleh lagi hidup dengan tahyul lama kononnya Malaysia masih ada ruang besar untuk tanggung subsidi macam dahulu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Menerusi siaran podcast Yang Berhenti Menteri (YBM), Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian mengulas dakwaan kerajaan gagal dalam memberikan penerangan berhubung isu pemberian subsidi petroleum.Rafizi menambah, apabila subsidi mencecah berbilion ringgit sebulan, ia tidak boleh lagi dianggap sebagai angka kecil."Itu duit rakyat yang tak boleh digunakan untuk perkara lain. Malangnya, kerajaan gagal menerangkan benda ini dengan baik."Kalau diagnosis tak betul, negara akan terus buat keputusan salah," ujarnya.
Go to News Site