Collector
Sindiket pelancongan guna proksi asing dikesan | Collector
Sindiket pelancongan guna proksi asing dikesan
Sinar Harian

Sindiket pelancongan guna proksi asing dikesan

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesan sindiket pelancongan menggunakan proksi entiti asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Sabah, baru-baru ini.Menurut kementerian itu, operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 9 April lalu di di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna adalah hasil risikan selama beberapa bulan dan memberi fokus kepada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dan lain-lain perundangan berkaitan."Antara kesalahan tersebut termasuklah beroperasi tanpa lesen sah, gagal mematuhi syarat lesen ditetapkan, berurus niaga dengan pihak yang tidak berlesen, menjadi proksi kepada entiti asing yang disyaki dan gagal mengisytihar atau membuat pengisytiharan palsu cukai pendapatan," katanya pada Selasa.Ujar MOTAC, Sebanyak 13 premis perniagaan dan 11 individu telah diperiksa sepanjang tempoh operasi yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)."Pegawai penguat kuasa MOTAC telah mengeluarkan tujuh notis pemeriksaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 482 termasuk dua notis kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah dan dua notis kerana berurus niaga dengan entiti tidak berlesen," menurut kementerian itu.MOTAC menegaskan, siasatan lanjut akan diteruskan sebelum tindakan perundangan diambil terhadap kesalahan yang melibatkan entiti, pemilik dan pihak yang berkaitan."MOTAC memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang tidak berlesen untuk tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan penginapan atau penganjuran aktiviti pelancongan sama ada secara dalam talian, media sosial, fizikal atau melalui medium lain."Jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM500,000.00 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta 482."MOTAC juga mengingatkan semua penggiat industri pelancongan berlesen supaya tidak berurus niaga dengan mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan pelancongan secara tidak sah, tidak berlesen atau menggunakan kenderaan yang bukan dilesenkan untuk tujuan pelancongan oleh pihak berkuasa," katanya.Tambah kementerian itu, pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan pelancong, dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku sebarang insiden atau pelanggaran peraturan.Penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh dan berkesan akan diteruskan melalui kerjasama rentas agensi sejajar dengan prinsip tadbir urus baik, keadilan dan keyakinan di bawah kerangka Malaysia Madani."Orang ramai dan penggiat industri turut dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti pelancongan yang disyaki melanggar peraturan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) (https://motac.spab.gov.my/eApps/system/index.do)," katanya.

Go to News Site