Collector
Dakwaan bekalan minyak putus tular, Shell mohon maaf terpaksa hadkan jualan | Collector
Dakwaan bekalan minyak putus tular, Shell mohon maaf terpaksa hadkan jualan
Sinar Harian

Dakwaan bekalan minyak putus tular, Shell mohon maaf terpaksa hadkan jualan

MARANG – Isu gangguan bekalan bahan api di stesen minyak yang tular pada Selasa dikaitkan dengan faktor ketidakstabilan pasaran global yang sedang berlaku ketika ini.​Terdahulu, tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan stesen minyak di Bukit Payong, Marang didakwa kehabisan stok, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang awam mengenai status simpanan bahan api negara.​Pihak Shell dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa perkembangan semasa yang berlaku di Asia Barat telah memberi kesan secara langsung kepada pasaran minyak dan bahan api global, termasuklah aliran bekalan ke Malaysia.​Menurut kenyataan itu, meskipun usaha keras sedang dilakukan untuk mengekalkan bekalan yang konsisten di semua rangkaian stesen mereka, namun beberapa faktor luar di luar kawalan tetap memberi tekanan kepada operasi.​"Lonjakan permintaan buat sementara waktu serta pengurangan bekalan global berkemungkinan memerlukan pihak kami untuk mengehadkan kuantiti jualan di seluruh rangkaian runcit buat masa ini," jelas kenyataan tersebut.​Dalam pada itu, pihak Shell turut menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh pelanggan di atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan langkah penyelarasan bekalan tersebut.​Bagaimanapun, difahamkan situasi di stesen yang terlibat masih dalam keadaan terkawal.Kelewatan yang berlaku adalah disebabkan lori tangki dalam perjalanan dan bukan semua pam dihentikan operasinya.Sehubungan itu, ​orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dan terus merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai status bekalan bahan api di kawasan masing-masing.

Go to News Site