Sinar Harian
PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun direman lima hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor berkaitan membina gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di ibu negara.Perintah reman sehingga 18 April terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Isnin di sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta."Bagaimanapun suspek dipercayai telah menerima tunai kira-kira RM500,000 sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam (Isnin) daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat membeli belah di Lembah Klang.Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan.Kes disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Go to News Site