Collector
Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun | Collector
Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun
Sinar Harian

Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun

PUTRAJAYA - Seorang bekas pekerja restoran pada Selasa terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini menggantikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap K Rovin Joty oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh dengan kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun yang berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Februari 2018.Yang turut bersidang ialah Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Rovin Joty, 41, bersalah membunuh Gurwinder Singh Gill Amar Singh, 27, dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.Tertuduh kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Limau Manis 1, Bangsar Park, Kuala Lumpur pada 2.30 pagi 25 Mei 2008. Mengikut fakta kes, tertuduh telah keluar dari kenderaannya dan menyerang mangsa dengan sebilah parang.Mangsa cuba menangkis serangan itu namun tangannya telah terputus.Dia kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya namun disahkan meninggal dunia, dan punca kematian adalah akibat pelbagai kesan luka di bahagian badan.Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, Joshua Tay H’ng Foong dan Lee Yee Woei mewakili Rovin Joty manakala Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir hadir bagi pihak pendakwaan. - Bernama

Go to News Site