Sinar Harian
LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menggesa Arsenal untuk menggunakan pendekatan 'taktik kotor' dalam pertembungan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City di Stadium Etihad, Ahad ini.Rooney mendakwa skuad kendalian Pep Guardiola memiliki kelebihan dari segi mental berbanding The Gunners dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan liga.Pertembungan dua pasukan teratas liga itu bakal menjadi tumpuan dengan City sedar kemenangan akan merapatkan jurang kepada hanya tiga mata di belakang Arsenal selain memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.Momentum kini dilihat memihak kepada City selepas mereka membenam Chelsea pada Ahad hanya 24 jam selepas Arsenal dikejutkan dengan kekalahan di laman sendiri kepada Bournemouth.Mikel Arteta sebelum ini telah membimbing Arsenal meraih kedudukan naib juara dalam tiga musim berturut-turut namun sering kecundang di saat akhir kepada City dalam perebutan takhta.Rooney percaya City mempunyai kelebihan psikologi menjelang aksi hujung minggu ini memandangkan pemain mereka sudah biasa dengan tekanan sedemikian."Saya rasa City akan mempunyai kelebihan (psikologi), atas faktor pengurus dan pemain yang mereka ada. Mereka mampu untuk kekal lebih tenang berbanding pemain Arsenal."Pemain Arsenal akan mula bimbang kerana apabila anda mengalami kekalahan selepas rentetan kemenangan, anda mula berfikir 'di mana gol seterusnya, dari mana kemenangan akan datang?'. Minda negatif itu benar-benar memberi kesan kepada prestasi anda," katanya menerusi The Wayne Rooney Show.Arsenal sebelum ini tewas kepada Manchester City dalam aksi final Piala Liga di Wembley dua minggu lalu, namun memenangi empat perlawanan liga berturut-turut sebelum kekalahan mengejut 1-2 di tangan Bournemouth.Walaupun Arteta berjaya mengikat City seri pada pertemuan pertama musim ini, Rooney menegaskan Arsenal perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menang di gelanggang lawan.Beliau menyarankan Arsenal agar tidak terlalu mementingkan gaya permainan cantik, sebaliknya fokus kepada ketahanan fizikal dan taktikal."Sama ada penyokong suka atau tidak corak permainan sebegitu, mereka perlu lakukan apa sahaja untuk menghalang City daripada menang."Mereka perlu menjadi sangat sukar untuk ditembusi, pastikan tiada ruang antara barisan pemain dan cuba menyerang balas. Mereka perlu cukup kental untuk menghalang City daripada menjaringkan gol," tambah Rooney lagi.
Go to News Site