Sinar Harian
SHAH ALAM - Pemandu bas tular meriba wanita ketika memandu dicadang agar dibatalkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), manakala lesen syarikat pengendali digantung pihak berkuasa.Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye yang menggesa tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat dan pemandu terbabit sebagai pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain.Menurutnya, keselamatan jalan raya amat penting memandangkan banyak kejadian yang berlaku telah meragut nyawa tidak berdosa."Saya menyokong penuh tindakan yang diambil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Pengarah Kanan Penguat Kuasa di mana beliau berhubung tindakan pantas terhadap aduan berkaitan kejadian tular itu."Kejadian ini sangat membahayakan kepada penumpang-penumpang bas serta pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan.Lam Thye berkata, beliau menggesa semua pihak penguat kuasa untuk tidak berkompromi kepada pelaku yang melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman setimpal kesalahan yang dilakukan.Justeru itu, kata beliau, tindakan tegas dan pantas JPJ membuka kertas siasatan dan mengarahkan pegawai penyiasat menyiapkan kertas siasatan dalam masa 48 jam perlu disambut baik."Saya juga ingin menyarankan kepada semua penumpang bas bahawa mereka juga boleh menjadi mata dan telinga JPJ dengan melaporkan kejadian seperti itu."Ini agar tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan bagi keselamatan penumpang dan jalan raya," katanya.Sebelum itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dilaporkan berkata, pihaknya telah memanggil pemandu terbabit pada Isnin untuk direkod keterangan.Muhammad Kifli menjelaskan kertas siasatan akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPJ untuk arahan lanjut sebaik siasatan selesai.Dalam kenyataan lain pada Isnin, syarikat Sri Maju Group mengambil tindakan tegas menamatkan perkhidmatan seorang pemandu bas ekspresnya selepas rakaman video memaparkan insiden itu tular di media sosial.Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan syarikat pengendali bas berkenaan, pemandu terbabit merupakan kakitangan mereka dan kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin, Johor Bahru pada Ahad.Sehubungan itu, Sri Maju Group memaklumkan beberapa tindakan telah diambil termasuk membuat laporan polis, menamatkan perkhidmatan pemandu terbabit serta melaporkan insiden kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk siasatan lanjut.
Go to News Site