Collector
Lelaki serang polis dengan parang berdepan enam pertuduhan | Collector
Lelaki serang polis dengan parang berdepan enam pertuduhan
Sinar Harian

Lelaki serang polis dengan parang berdepan enam pertuduhan

MELAKA - Seorang anggota polis cedera ringan selepas diserang seorang lelaki yang bertindak agresif menggunakan parang dalam satu serbuan di Tanjong Kling di sini Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam ketika sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan serbuan berdasarkan maklumat risikan berkaitan dadah.Menurutnya, semasa operasi dijalankan, seorang suspek lelaki Melayu bertindak agresif dengan mengeluarkan ugutan sebelum menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang panjang."Dalam kejadian itu, seorang anggota berpangkat lans koperal mengalami kecederaan bengkak pada ibu jari tangan kiri akibat serangan tersebut."Suspek kemudian berjaya melarikan diri ketika kejadian namun berjaya ditahan selepas itu," katanya.Rentetan daripada insiden itu, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh pada Rabu atas atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 324, 506, dan 186 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Selain itu katanya, suspek turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa atau memiliki senjata berbahaya di tempat awam.Satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan kesalahan memiliki dadah.Terdahulu, dalam kejadian 9 April lalu di Kuala Langat, Selangor turut melaporkan insiden serangan terhadap anggota polis ketika bertugas.Dalam kejadian itu, seorang lelaki mengamuk dan mengejar anggota polis menggunakan pisau pemotong daging di sebuah restoran makanan laut sebelum berjaya ditahan.Lelaki berusia 31 tahun itu kemudian dijatuhi hukuman denda RM9,100 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan dikenakan ke atasnya terhadapnya

Go to News Site