Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Nasib malang menimpa sepasang suami isteri apabila perjalanan mereka ke tempat kerja di Singapura berakhir tragedi selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan di KM 0.6 Lebuhraya Linkedua arah selatan menuju ke republik itu pada Selasa.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian pada jam 2.40 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki lelaki berusia 31 tahun bersama isterinya berusia 29 tahun hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori yang bergerak perlahan akibat kesesakan lalu lintas."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal yang juga lelaki warga tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala."Isteri mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kiri sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Kaunter Aduan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan. - Bernama
Go to News Site