Sinar Harian
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin mengecam kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabel pihak lain dengan gelaran tidak sepatutnya berhubung pengurusan ekonomi negara.Menurutnya, kritikan dibuat Ahli Parlimen Marang itu jelas satu bentuk retorik murahan yang gagal membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa yang mencabar."Lebih pelik, apabila beliau memuji negara lain seperti Jepun tanpa memahami konteks sebenar dasar ekonomi mereka. Jepun misalnya memberi subsidi secara bersasar kepada sektor tertentu, bukan subsidi pukal yang membebankan fiskal negara. Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Madani hari ini bukan sekadar bercakap, tetapi melaksanakan reformasi."Saya ingin singgung, ketika ada yang sibuk melempar kata-kata sinis, kerajaan sedang bekerja dengan langkah yang konkrit dan tersusun beberapa Inisiatif terkini yang diumumkan semalam termasuk keprihatinan kepada pesawah, petani pekebun kecil dan sebilangan besar rakyat malaysia membuktikan kerajaan tidak berpeluk tubuh," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.Abdul Hadi menerusi hantaran terbaharu di media sosialnya mengkritik sesetengah pemimpin yang dianggapnya gagal mengurus negara walaupun memiliki pelbagai sumber yang banyak sebagai bebal.Sementara itu, Danish menempelak sikap sesetengah pihak yang masih bercakap seolah-olah Malaysia boleh terlepas daripada tekanan harga minyak dunia hanya kerana negara mempunyai sumber sendiri sebagai pandangan mentah dan tidak berpijak di bumi nyata.Sedangkan katanya, ekonomi semasa ialah sektor global yang saling berkait, bukan sistem tertutup yang boleh dikawal dengan retorik semata-mata."Hakikatnya, sindiran paling besar dalam situasi ini adalah apabila mereka yang lantang melabel orang lain sebagai bebal sebenarnya gagal mengemukakan sebarang pelan yang realistik."Tiada cadangan dasar, tiada angka, tiada mekanisme hanya kata-kata keras yang kosong isi," katanya.
Go to News Site