Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di sekitar bandar raya ini awal tahun ini.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki yang berusia 28 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah pada Selasa selepas mangsa membuat laporan polis pada hari sama.Beliau memberitahu, kejadian dipercayai berlaku pada 25 Januari lalu dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman mangsa di Johor Bahru."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017."Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman," katanya ketika dihubungi.Raub berkata, mahkamah membenarkan suspek ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.
Go to News Site