Collector
Selat Hormuz: Dua kapal Malaysia dalam perjalanan pulang, 5 lagi masih di kawasan berisiko | Collector
Selat Hormuz: Dua kapal Malaysia dalam perjalanan pulang, 5 lagi masih di kawasan berisiko
Sinar Harian

Selat Hormuz: Dua kapal Malaysia dalam perjalanan pulang, 5 lagi masih di kawasan berisiko

PUTRAJAYA - Dua kapal milik Malaysia kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia manakala lima lagi masih terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan geopilitik di Asia Barat.Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Pada waktu ini dimaklumkan terdapat dua kapal yang dalam perjalanan. Satu dijangka tiba pada 17 April (Jumaat) manakala satu lagi mungkin minggu yang berikutnya."Terdapat lima kapal yang masih lagi berada di Selat Hormuz," katanya pada sidang akhbar Taklimat Khas Krisis Tenaga Global dan pasca Mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting dunia, khususnya bagi penghantaran minyak mentah global dan sebarang gangguan di kawasan itu boleh memberi kesan kepada rantaian bekalan serta harga tenaga.Perkembangan terbaharu itu hadir ketika ketegangan di Asia Barat terus menjadi perhatian antarabangsa, termasuk isu sekatan yang memberi implikasi kepada pergerakan kapal dagang.Dalam masa sama, Fahmi memaklumkan bahawa isu berkenaan dijangka menjadi antara perkara yang akan dibangkitkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan rakan sejawatnya dari Australia.Menurutnya, walaupun agenda khusus belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri, kerajaan menjangkakan isu konflik Asia Barat termasuk situasi di Selat Hormuz akan disentuh."Saya percaya Perdana Menteri akan bangkitkan pendirian Malaysia mengenai isu konflik di Asia Barat dan sudah pasti isu mengenai keadaan sekatan yang berlaku di Selat Hormuz tu akan dibincangkan," katanya.Tambah beliau, sekurang-kurangnya dua perjanjian persefahaman (MoU) dijangka dimeterai dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Australia, Anthony Norman Albanese, yang bermula Khamis.Perbincangan dua hala itu dijangka turut menyentuh isu berkaitan krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada banyak negara termasuk Malaysia.

Go to News Site