Sinar Harian
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan kehadiran sekumpulan warga asing yang tular berada di sekitar Changlun dan Jitra, Kedah baru-baru ini, memiliki dokumen perjalanan sah.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil semakan mendapati kesemua individu berkenaan merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial yang sah."Berdasarkan semakan yang telah dibuat, individu-individu berkenaan merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial yang sah dan telah melalui prosedur pemeriksaan imigresen yang ditetapkan di pintu masuk negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zakaria berkata, dalam masa sama, JIM melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan di dalam negara bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen sentiasa terpelihara."JIM turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk setempat."Sehubungan itu, pemantauan lanjut akan terus dipertingkatkan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan imigresen," katanya.Zakaria berkata, orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan yang tepat dan berkesan dapat dilaksanakan
Go to News Site