Collector
Lelaki OKU maut dengan kecederaan di kepala, kes diklasifikasi bunuh - Polis | Collector
Lelaki OKU maut dengan kecederaan di kepala, kes diklasifikasi bunuh - Polis
Sinar Harian

Lelaki OKU maut dengan kecederaan di kepala, kes diklasifikasi bunuh - Polis

BACHOK - Polis menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran di sini pada Rabu selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati tepi jalan di Kampung Chap, Bekelam di sini pada 8.30 pagi, Selasa."Mangsa dibantu orang awam yang menghubungi ambulans dan dikejarkan ke Hospital Universiti Pakar Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam, Rabu."Jenazah dibawa ke Unit Forensik hospital itu untuk bedah siasat serta mendapati punca kematian adalah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul," katanya.Dalam kejadian itu, pemasang jubin berkenaan dipercayai dipukul hingga mengalami kecederaan pada pundi kencing, luka paru-paru dan kepala meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa semasa dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan hospital terbabit.Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada tanda-tanda kemalangan jalan raya, manakala motosikal jenis Honda C70 digunakan mangsa berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan."Berdasarkan keadaan tersebut, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh."Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambahnya.Pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok atau balai polis berhampiran.

Go to News Site