Collector
MyKad berpotensi jadi mekanisme agihan subsidi diesel – Pakar | Collector
MyKad berpotensi jadi mekanisme agihan subsidi diesel – Pakar
Sinar Harian

MyKad berpotensi jadi mekanisme agihan subsidi diesel – Pakar

SHAH ALAM - Penggunaan MyKad sebagai mekanisme agihan subsidi diesel berpotensi diperluaskan bagi menambah baik sistem sedia ada selain mengurangkan risiko ketirisan dan penyalahgunaan termasuk penyeludupan bahan api.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pendekatan berasaskan MyKad terbukti berkesan menerusi pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) yang lebih tersusun dan mudah dipantau."Sistem tersebut bukan sahaja memudahkan pengguna, malah membolehkan kerajaan memantau penggunaan bahan api dengan lebih efektif sekali gus membantu mengenal pasti sebarang bentuk salah guna."Kalau kita lihat apa yang telah dilaksanakan dalam BUDI95, mekanisme menggunakan MyKad itu dilihat agak lancar dan memudahkan para pengguna."Ia juga memudahkan kerajaan memantau penggunaan dan mengenal pasti sebarang salah guna seperti penyeludupan," katanya kepada Sinar Harian.Dalam pada itu, Mohd Afzanizam berpandangan, isu utama berkaitan subsidi diesel bukan terletak pada dasar itu sendiri, sebaliknya lebih kepada kelemahan mekanisme pelaksanaan.Menurutnya, antara masalah dikenal pasti ialah keadaan di mana penerima yang layak tercicir daripada menerima subsidi akibat faktor pentadbiran atau kelemahan sistem."Dia layak, tapi disebabkan faktor pentadbiran, dia tercicir. Jadi untuk mengatasi perkara itu, penggunaan MyKad boleh menyelesaikan permasalahan sebegini."Sistem berasaskan MyKad juga membolehkan integrasi data antara agensi kerajaan, sekali gus mempercepatkan proses pengesahan penerima dan memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran dalam tempoh lebih cepat."Kerajaan memang mahu bantu mereka yang layak, cuma bagaimana nak salur bantuan itu secara tepat dan cepat, serta meminimumkan risiko keciciran," ujarnya.

Go to News Site