Collector
Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam | Collector
Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam
Sinar Harian

Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air di Seksyen 32, di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan pada jam 3.40 petang selepas pihaknya menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok pada 2.14 pagi hari yang sama."Semasa tangkapan dibuat, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.Ramsay berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Laymand Rayne, melalui talian 014-6907071.Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang lelaki bertindak merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air. - Bernama

Go to News Site