Collector
Kem di Herning fokus bentuk kesefahaman | Collector
Kem di Herning fokus bentuk kesefahaman
Sinar Harian

Kem di Herning fokus bentuk kesefahaman

SKUAD badminton negara mempertaruhkan kekuatan dalaman dan keserasian berpasukan sebagai ramuan utama dalam misi memburu kejayaan di Piala Thomas dan Uber 2026, berbanding bergantung kepada aksi pemanas badan menentang pihak luar.Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky memaklumkan kem latihan berpusat di Herning, Denmark dijadikan platform untuk membina kefahaman taktikal dan emosi dalam kalangan pemain menerusi simulasi pertandingan yang dirangka khusus.Menurutnya, pendekatan itu memberi ruang kepada pemain untuk benar-benar memahami peranan masing-masing dalam suasana kejohanan berpasukan, sesuatu yang sukar diperoleh menerusi perlawanan persahabatan biasa."Fokus utama adalah membentuk ‘team feeling’ iaitu bagaimana pemain saling menyokong dan bergerak sebagai satu unit."Ini elemen penting kerana tekanan dalam kejohanan berpasukan sangat berbeza berbanding kejohanan individu," katanya.Malaysia bakal menghadapi cabaran getir dalam saingan Piala Thomas di Horsens apabila diundi bersama kuasa badminton Jepun selain England dan Finland dalam Kumpulan B.Dalam pada itu, skuad lelaki menampilkan kombinasi pemain profesional dan kebangsaan termasuk Lee Zii Jia yang dijangka menjadi tonggak utama perseorangan, manakala beregu elit negara terus dipacu pasangan ranking dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik.Saingan Piala Uber pula menyaksikan gandingan utama beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah sebagai sandaran utama selain pasangan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting serta Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah dan skuad perseorangan wanita menyenaraikan empat pemain diketuai K Letshanaa bersama Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei.Skuad wanita diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turki dan Afrika Selatan.Piala Thomas akan berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei.

Go to News Site