Collector
Pemandu bas, kekasih atas riba direman empat hari | Collector
Pemandu bas, kekasih atas riba direman empat hari
Sinar Harian

Pemandu bas, kekasih atas riba direman empat hari

JASIN - Mahkamah Majistret Jasin pada Khamis membenarkan permohonan reman terhadap pemandu bas ekspres yang tular bersama seorang wanita duduk di atas ribanya.Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman selama empat hari sehingga Ahad terhadap pasangan berkenaan.Terdahulu, pasangan berusia 36 tahun dan 21 tahun itu tiba sekitar jam 9 pagi dengan memakai pakaian lokap serta bergari.Pasangan itu sebelum ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi memberikan keterangan pada Rabu sekitar jam 4.30 petang sebelum ditahan selepas dua jam disoal siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sebelum ini, berdasarkan perkongsian di Facebook, bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai, Johor.Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 7.30 malam di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan.Susulan penularan video tersebut, syarikat Sri Maju Group dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan pemandu berkenaan.Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengambil keterangan daripada pemandu terbabit bagi tindakan lanjut.

Go to News Site