Collector
Pesakit dialisis mengaku amang seksual dekat hospital | Collector
Pesakit dialisis mengaku amang seksual dekat hospital
Sinar Harian

Pesakit dialisis mengaku amang seksual dekat hospital

SEREMBAN - Seorang pesakit dialisis mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pesakit remaja perempuan di sebuah hospital di Kuala Pilah, Januari lalu.Tertuduh, Zulkefli Abdul Rani, 60 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun semasa kejadian dengan cara menyentuh payudara mangsa.Kesalahan terbabit dilakukan pada 30 Januari 2026, jam lebih kurang 4 petang di sebuah hospital di Kuala Pilah.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.Timbalan Pendakwa, Raya Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah memberikan tarikh bagi fakta dan hukuman selain menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bercagar.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana sudah tidak bekerja, berkerusi roda selain perlu menjalani dialisis.Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan s RM5,500 dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi secara sendiri atau melalui pihak ketiga.Sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman pada 20 April.

Go to News Site