Collector
Inkues Zara Qairina: Saksi terima 15 telefon bimbit untuk dianalisis | Collector
Inkues Zara Qairina: Saksi terima 15 telefon bimbit untuk dianalisis
Sinar Harian

Inkues Zara Qairina: Saksi terima 15 telefon bimbit untuk dianalisis

KOTA KINABALU – Saksi ke-70 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau telah menganalisis 15 telefon bimbit yang diterimanya berkaitan kes pelajar tersebut.Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Asisten Superintenden Mohd Zaidi Abu Hassan, 40, yang bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan bahawa beliau telah menerima dua kali serahan barang kes untuk tujuan analisis pada tarikh berbeza, iaitu 14 Ogos dan 19 Ogos 2025.Katanya, barang kes itu diterimanya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, melibatkan 15 telefon bimbit berserta kad SIM."Bagi serahan pertama pada 14 Ogos 2025, sekitar jam 4 petang, saya menerima satu beg plastik lutsinar berupa beg barang kes PDRM."Hasil pemeriksaan mendapati beg tersebut mengandungi beberapa unit telefon bimbit pelbagai jenama, iaitu iPhone 11 Pro, Oppo A53, Vivo Y28S, Vivo Y19S, iPhone 14, Vivo Y20 (skrin hadapan retak), Samsung Galaxy Note 10+ (skrin hadapan retak), Vivo V2043, iPhone 12, Oppo A15 dan Oppo A42 serta beberapa kad SIM," katanya semasa membacakan pernyataan saksi yang disediakan di sini pada Khamis.Beliau kemudian memaklumkan bahawa beliau diminta menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua barang kes melibatkan 11 unit telefon bimbit serta kad SIM yang diterimanya."Pemeriksaan itu adalah untuk mendapatkan semua maklumat media sosial, visual, WhatsApp, verbatim, gambar serta gambar yang dipadam dalam tempoh Februari 2025 hingga terkini."Saya menjalankan analisis terhadap barang kes ini dengan menggunakan peralatan XRY untuk telefon bimbit. Sebelum analisis dibuat, saya memastikan barang kes yang diterima berada dalam keadaan baik," katanya.Katanya, beliau mula menganalisis barang kes menggunakan komputer di pejabatnya, yang hanya boleh diakses olehnya sebelum membuat salinan ke dalam dua pemacu pena.Sementara itu, saksi memaklumkan bahawa beliau menerima satu lagi beg plastik lutsinar barang kes PDRM pada 19 Ogos 2025 sekitar jam 12.20 tengah hari ketika sedang bertugas di pejabat, yang diserahkan oleh seorang anggota polis.Katanya, hasil pemeriksaan mendapati beg tersebut mengandungi beberapa unit telefon bimbit, iaitu Realme C75, Vivo V2043 (dengan skrin hadapan pecah), Oppo A3 dan Honor X8A berserta beberapa kad SIM.Saksi turut memaklumkan bahawa semua barang kes tersebut berada dalam keadaan baik serta disertakan bersama satu borang permohonan untuk pemeriksaan lanjut.Sebelum itu, Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus, manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hamzah.

Go to News Site