Collector
'Saya sakit sihir' - Inspektor didakwa cuba bunuh polis trafik, diperintah ke Hospital Bahagia | Collector
'Saya sakit sihir' - Inspektor didakwa cuba bunuh polis trafik, diperintah ke Hospital Bahagia
Sinar Harian

'Saya sakit sihir' - Inspektor didakwa cuba bunuh polis trafik, diperintah ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang tular di media sosial berhubung kes langgar lari sehingga menyebabkan seorang anggota trafik cedera, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan cubaan membunuh.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Kamal Raj Abdullah, 40, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid."Saya sakit 'sihir', tak ingatlah," kata tertuduh yang memakai kemeja warna merah dan mengenakan pelitup mula.Mahkamah kemudian memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak bagi pemeriksaan mental.Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh dengan cara melanggar anggota polis trafik, Roslan Salleh, menggunakan kereta jenis Perodua Axia, yang diketahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini jam 10.47 malam pada 10 April lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka pesalah boleh dikenakan pemenjaraan sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 Mei depan.Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kejadian itu, merupakan seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang menghidap skizofrenia.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki itu kini sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.- AKAN MENYUSUL -

Go to News Site