Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seramai 191 individu ditahan dalam 231 serbuan menerusi Op Langka yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di Kedah dan Perlis pada 9 April hingga 12 April.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi khas itu susulan kebimbangan terhadap peningkatan masalah penyalahgunaan dadah di dua negeri tersebut."Usaha membanteras dan melumpuhkan sepenuhnya rantaian bekalan dadah sehingga ke akar umbi, kita telah melancarkan Op Langka dengan memberi fokus kepada daerah Langkawi, Kuala Kedah dan Perlis."Hasil tindakan operatif dan gerak gempur yang dilaksanakan, sebanyak 231 serbuan dan seramai 191 orang telah berjaya ditangkap, di bawah pelbagai kesalahan, di samping merampas pelbagai jenis dadah," katanya.Hussein berkata, kesemua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Go to News Site