Collector
Jelas segera dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik kini milik Indonesia - Radzi Jidin | Collector
Jelas segera dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik kini milik Indonesia - Radzi Jidin
Sinar Harian

Jelas segera dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik kini milik Indonesia - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Kerajaan digesa tampil memberi penjelasan segera susulan dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam Malaysia kini menjadi milik Indonesia.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan bahawa perkara terbabit penting kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara."Apakah benar 127.3 hektar (314.5 ekar) tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik telah diserah kepada Indonesia?"Kerajaan perlu beri penjelasan segera berkaitan kenyataan daripada Ketua Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari yang menyatakan bahawa kawasan sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Khamis.Mohd Radzi membangkitkan perkara itu susulan kenyataan Muhammad Qodari yang memaklumkan berlaku perubahan sempadan melibatkan kawasan berkenaan berdasarkan kesepakatan antara kedua-dua negara.Pada Rabu, Muhammad Qodori mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini secara rasmi disahkan sebagai milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.Menurut Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia itu, persetujuan sempadan baharu itu menyaksikan kawasan seluas 127.3 hektar yang sebelum ini berada di bawah wilayah Malaysia kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada wilayah Indonesia.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia, apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan negara itu kini dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.

Go to News Site