Collector
Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan | Collector
Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan
Sinar Harian

Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada Khamis.Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.Guys, kawan saya nampak Siti Nurhaliza tepi highway ni. Kereta dia remuk. Harap Siti dan orang-orang dalam kereta tu okay, risau weh," kongsi pengguna media sosial tersebut.Malah ada juga pengguna media sosial yang berkongsi foto pelantun lagu Kesuma itu bersama pembantunya.Menerusi hantaran itu juga difahamkan Siti baru sahaja pulang daripada sebuah majlis di Sepang.Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mendoakan agar Siti dan individu yang berada bersamanya dalam keadaan selamat.Menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi tersebut sempat meluahkan rasa syukur tetapi tidak berkongsi lanjut sebarang maklumat mengenai kemalangan tersebut.Sementara itu, menerusi laporan Kosmo, pengurusnya, Rozi Sangdewi mengesahkan insiden tersebut berlaku ketika Siti Nurhaliza dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan."Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan."Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang," katanya.Katanya lagi, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan langjut dan mendapati mengalami cedera ringan. - Awani

Go to News Site