Collector
Wanita menyamar peguam di Mahkamah Setiu direman tiga hari | Collector
Wanita menyamar peguam di Mahkamah Setiu direman tiga hari
Sinar Harian

Wanita menyamar peguam di Mahkamah Setiu direman tiga hari

SETIU – Taktik licik seorang wanita yang menyamar sebagai peguam semata-mata mahu bertemu dengan seorang tahanan membawa padah apabila dia ditahan pihak polis di sini pada Khamis.​Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, suspek yang berusia 30-an itu ditahan di kediamannya di daerah Kuala Terengganu susulan laporan polis yang diterima.​Menurutnya, kejadian tersebut dikesan berlaku pada 12 April lalu, kira-kira jam 9 pagi, semasa pengadu yang merupakan seorang pegawai polis berusia 30-an sedang bertugas di Mahkamah Majistret Setiu."Pengadu mendakwa telah didatangi oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai peguam kepada seorang tahanan.​"Atas dasar jawatan yang dinyatakan, wanita itu dibenarkan berjumpa dengan tahanan di dalam kawasan mahkamah.​"Bagaimanapun, penyamaran suspek mula terbongkar sewaktu pertuduhan dibacakan kepada tahanan apabila dia secara tiba-tiba mengaku kepada pihak mahkamah bahawa dia sebenarnya hanyalah penjamin dan bukannya peguam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.​Mohd Zain berkata, suspek dipercayai sengaja menipu dengan menggunakan identiti peguam sebagai modus operandi untuk mendapatkan akses bertemu tahanan berkenaan.​Mengulas lanjut, beliau memberitahu suspek kini direman selama tiga hari bermula 16 April hingga 18 April ini bagi membantu siasatan.​"Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan cara penyamaran.​"Pihak polis komited untuk terus membanteras jenayah penipuan seperti ini dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan," ujarnya.

Go to News Site