Collector
KPWKM peruntuk RM3.5 juta laksana Program KasihnITa 2026 - Nancy | Collector
KPWKM peruntuk RM3.5 juta laksana Program KasihnITa 2026 - Nancy
Sinar Harian

KPWKM peruntuk RM3.5 juta laksana Program KasihnITa 2026 - Nancy

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk pelaksanaan Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) bagi tahun ini.Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program yang akan diperluas ke 13 negeri itu juga menyasarkan penyertaan 5,000 ibu tunggal di seluruh negara.Menurutnya, program yang diperkenalkan tahun lalu di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) itu turut mengekalkan tiga modul utama iaitu kemahiran perundangan, pengurusan dan literasi."Bagi memudahkan penyertaan ibu tunggal dari seluruh negara, pelaksanaan program tahun ini akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa satu secara dalam talian yang merangkumi sesi advokasi dan pengenalan."Ia diikuti fasa dua secara fizikal. Pendaftaran program telah dibuka mulai 1 Februari lalu dan akan berakhir pada 20 April ini," katanya ketika berucap merasmikan KasihnITa 2026di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Menteri KPWKM, Lim Hui Ying; Ketua Setiausaha KPWKM, Datin Safida Zalma Mohd Piah dan Ketua Pengarah JPW, Hanani Sapit.Mengulas lanjut Nancy berkata, program berkenaan merupakan manifestasi keprihatinan berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan golongan ibu tunggal tidak terpinggir, sebaliknya diberi sokongan dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik."KasihnITa adalah platform yang sangat bermakna dalam membantu ibu tunggal mendapatkan ilmu, membina kemahiran, mengukuhkan keyakinan diri dan seterusnya mengurus kehidupan dengan lebih tersusun dan yakin," katanya.Beliau menambah, program yang diteruskan pada tahun ini dibuat seiring dengan keberkesanan yang ditunjukkan pada tahun lalu apabila hampir 1,900 ibu tunggal di enam zon seluruh negara terlibat.Dalam tempoh yang sama katanya, sebanyak 90 kes bantuan guaman berjaya diuruskan dengan bantuan peruntukan yang disalurkan kepada ibu tunggal untuk menuntut serta mempertahankan hak mereka.

Go to News Site