Collector
Majikan direman bantu siasatan kes bunuh OKU | Collector
Majikan direman bantu siasatan kes bunuh OKU
Sinar Harian

Majikan direman bantu siasatan kes bunuh OKU

BACHOK - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran pada Selasa.Perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Bachok pada Khamis dan berkuat kuasa sehingga Rabu depan.Suspek yang juga majikan mangsa tiba di mahkamah pada jam 9.32 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan suspek adalah majikan kepada mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.Beliau berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Binjai pada Rabu.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi, Rabu selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi Selasa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Go to News Site