Collector
Premis urut 'berahi' digempur | Collector
Premis urut 'berahi' digempur
Sinar Harian

Premis urut 'berahi' digempur

SHAH ALAM - Sindiket pelacuran berselindung di sebalik pusat urut di sekitar Bukit Rimau di sini yang menawarkan tempahan melalui aplikasi sosial digempur pada Khamis.Op Gegar itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bermula jam 8 malam.Difahamkan, dua premis yang beroperasi sehingga kira-kira jam 2 pagi terbabit menawarkan pakej urut serendah RM40, manakala hubungan seks boleh mencecah RM200.Pelanggan terlebih dahulu akan menerima gambar-gambar tukang urut wanita yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum membuat pilihan.Seorang wanita Vietnam yang bekerja sebagai tukang di salah sebuah premis terbabit mendakwa baru setahun berada di negara ini dan pekerjaan tersebut merupakan kerja pertamanya."Saya kerja urut sahaja. Biasanya dapat antara RM50 hingga RM100 sehari."Saya tak tahu urutan begini (seksual) salah di sini," kata wanita bujang berusia lingkungan 30-an itu," katanya.Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 11 wanita warga asing ditahan.Menurutnya, mereka terdiri daripada masing-masing empat bagi warga Myanmar dan Thailand selain dua warga China dan seorang Vietnam."Antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa," ujarnya.Tegasnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut di bawah Akta imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.Jelasnya, JIM Selangor akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti pelacuran serta penyalahgunaan pas lawatan.

Go to News Site