Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan bagi menjejaki pergerakan suspek yang melarikan diri selepas kejadian samun kedai emas bernilai RM9.7 juta di Brickfields, di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, penelitian dilakukan termasuk analisis rakaman CCTV dari beberapa lokasi berhampiran."Polis sedang meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan pergerakan suspek selepas mereka melarikan diri," katanya pada Jumaat.Beliau berkata, setakat ini seramai 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan."Kesemua individu yang direkod keterangan terdiri daripada pengadu, pemilik premis serta 10 pekerja kedai emas berkenaan."Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran milik sebuah kenderaan yang sah berdaftar dan polis turut mengambil keterangan pemilik asal nombor pendaftaran berkenaan," katanya.Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sebelum ini dilaporkan berkata, empat lelaki bersenjata melarikan barang kemas bernilai RM9.7 juta dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan kira-kira jam 11 pagi.Menurutnya, suspek yang bersenjatakan dua pistol tiba di lokasi menaiki sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih sebelum berdepan dengan pengawal keselamatan.Katanya, kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam premis dan mengugut pekerja sebelum memecahkan beberapa kaunter pameran.Jelasnya, suspek melarikan diri dengan kenderaan sama sejurus selepas kejadian.
Go to News Site