Collector
Inflasi negara meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 - DOSM | Collector
Inflasi negara meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 - DOSM
Sinar Harian

Inflasi negara meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 136.4 berbanding 134.1 pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Dalam kenyataan pada Jumaat, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi itu didorong terutamanya oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.6 peratus berbanding -0.7 peratus pada Februari 2026.Selain itu, kenaikan turut dicatatkan dalam kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan lain, yang meningkat kepada tujuh peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Februari 2026.- Bernama

Go to News Site