Sinar Harian
GEORGE TOWN - Kes melibatkan elemen jenayah atau kemalangan akan diserahkan terlebih dahulu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya juga akan menyemak video tular terbaharu yang memaparkan seorang pemandu bas didakwa memandu secara berbahaya."Berkenaan (isu) ini saya kena semak dulu."Selalunya kalau ada isu-isu seperti ini, kita akan jalankan siasatan bersama dengan PDRM," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) di sini pada Jumaat.Menurutnya, terdapat kes tertentu yang akan diambil alih oleh PDRM terlebih dahulu khususnya yang melibatkan elemen jenayah atau kemalangan."Kes-kes yang melibatkan polis, kita perlu serahkan dahulu kepada polis."Manakala kes di bawah bidang kuasa JPJ khususnya yang berkaitan dengan Akta Pengangkutan Jalan dan tidak melibatkan elemen jenayah atau kemalangan, JPJ boleh ambil tindakan," jelasnya.Tambah beliau, kedua-dua agensi mempunyai kesepakatan dalam menentukan bidang siasatan masing-masing bagi memastikan tindakan yang diambil adalah selaras dengan peruntukan undang-undang."Kita ada konsensus bersama dengan PDRM untuk tentukan kes mana yang akan disiasat oleh pihak masing-masing," katanya.Terdahulu media melaporkan polis sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya seperti yang tular di media sosial pada Khamis.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, rakaman video berkenaan memaparkan pemandu terbabit memandu dalam keadaan duduk menyandar ke belakang serta hanya memegang stereng menggunakan sebelah tangan ketika kenderaan sedang bergerak pada waktu malam.Menurutnya, perbuatan tersebut boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.Katanya,lokasi sebenar kejadian dipercayai di sekitar Kilometer 196.1 arah selatan namun masih dalam siasatan lanjut.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ends.
Go to News Site