Sinar Harian
MELAKA – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya awal minggu ini.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki dikenali sebagai Muhammad Hazman Supian, 35, gagal dihubungi selepas mematikan telefon bimbitnya.Menurutnya, kali terakhir lelaki itu dikesan berada di sebuah stesen minyak di Tun Kudu, Bukit Katil, di sini sebelum menghilangkan diri."Laporan kehilangan dibuat oleh isterinya pada 16 April selepas mendapati suaminya keluar dari rumah tanpa membawa pakaian dan kenderaan."Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut pada 14 April sekitar jam 10 pagi di kediaman mereka di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, usaha mengesan lelaki itu melalui aplikasi lokasi mendapati telefon bimbitnya dimatikan di kawasan Air Keroh."Hasil semakan juga mendapati lelaki berkenaan ada menggunakan kad debitnya di sebuah stesen minyak di Tun Kudu sekitar jam 10.11 malam bagi membeli makanan sebelum dilihat bergerak ke arah Taman Pengkalan Jaya."Selepas itu, dia gagal dikesan dan semua percubaan menghubunginya tidak berjaya," katanya.Katanya, Muhammad Hazman dianggarkan berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat 46 kilogram, berkulit cerah, bertubuh kurus, berambut pendek hitam, berwajah bujur serta mempunyai tatu di tangan kiri dan tahi lalat besar di hidung kanan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
Go to News Site