Collector
Lelaki rentung nahas kereta, lori tanah | Collector
Lelaki rentung nahas kereta, lori tanah
Sinar Harian

Lelaki rentung nahas kereta, lori tanah

MIRI - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass di sini pagi Jumaat.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan rentung di dalam kereta jenis Subaru BRZ itu."Khidmat lori lain turut digunakan bagi mengalihkan lori tanah berkenaan untuk memudahkan operasi menyelamat," menurut JBPM itu.Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.Operasi tamat pada 10.59 pagi.- Bernama

Go to News Site