Collector
Peguam dakwa ada tujuh mangsa terdedah radiasi di PPUM | Collector
Peguam dakwa ada tujuh mangsa terdedah radiasi di PPUM
Sinar Harian

Peguam dakwa ada tujuh mangsa terdedah radiasi di PPUM

KUALA LUMPUR - Seorang peguam mendakwa terdapat seramai tujuh orang individu berdepan risiko kanser dan tiroid akibat terdedah dengan mesin radiasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.Siti Nur Sabrina Mohammad daripada firma guaman Tetuan Aimee & Zaim Arif berkata, adalah sesuatu yang pelik apabila kesemua pengadu mendakwa mereka sudah mendapat kesan sampingan dalam tempoh yang singkat."Biasanya jika ada (pendedahan radiasi) pun, jarak sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 tahun. Tetapi dalam masa terdekat ini, sudah ada tujuh orang."Jadi, jumlah yang sangat banyak itu sepatutnya pihak pusat perubatan menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat kemungkinan berlaku pelanggaran serius prosedur keselamatan radiasi yang dipercayai mendedahkan kakitangan serta pesakit kepada risiko kesihatan.Ujar beliau, walaupun pendedahan radiasi merupakan risiko yang wujud dalam bidang perubatan tersebut, namun ia sepatutnya dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat."Risiko itu memang ada, tetapi pihak pusat perubatan terbabit tidak membuat SOP sewajarnya. Sepatutnya peralatan tersebut diasingkan tetapi ia ditempatkan dalam bangunan yang sama bersama pesakit lain dan ahli keluarga."Kakitangan radiologi juga sepatutnya diasingkan daripada kakitangan lain, tetapi ia disekalikan. Jadi, pendedahan terhadap radiasi itu menjadi banyak," jelas beliau.Selain itu, Siti Nur Sabrina turut mempersoalkan percanggahan antara laporan kesihatan yang menyatakan tiada pelanggaran SOP dengan bukti serta testimoni mangsa."Ini bercanggah dengan bukti, keadaan mangsa dan juga video yang menunjukkan unit tersebut kecil, sempit dan sesak sehingga boleh membahayakan pesakit serta kakitangan," ujar beliau.Siti Nur Sabrina sehubungan itu berkata, pihaknya sudah mengemukakan tuntutan awal termasuk gesaan supaya satu audit kesihatan dijalankan terhadap fasiliti berkenaan.Tegas beliau, kes tersebut bukan sekadar melibatkan individu tertentu, malah demi kepentingan awam."Apa yang kita mahukan sekarang adalah untuk masa depan supaya kakitangan dan pesakit selepas ini lebih selamat daripada pendedahan radiasi," katanya.Beliau turut menggesa pakar dan orang ramai yang mempunyai pengetahuan atau maklumat untuk tampil bagi membantu dalam kes tersebut.

Go to News Site