Sinar Harian
SHAH ALAM - Kapal tangki minyak Malaysia, Ocean Thunder dilaporkan tiba di perairan negara di Pengerang, pada Jumaat.Berdasarkan kemas kini Vessel Finder menunjukkan kapal tangki minyak mentah bersaiz sangat besar (VLCC) berdaftrar di Panama itu dilaporkan tiba pada jam 5.30 petang.Kapal berkenaan sebelum ini sudah memasuki perairan Singapura dengan kelajuan 1.7 knot.Kapal yang membawa kira-kira satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy dari Iraq, dijadualkan dihantar ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), hab hiliran yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).Penghantaran berkenaan menandakan berakhirnya perjalanan berisiko tinggi yang bermula di Iraq pada awal Mac.Ocean Thunder melalui Selat Hormuz pada 5 April lalu, iaitu laluan strategik yang terjejas akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.
Go to News Site