Collector
CSO desak reformasi segera, dakwa undang-undang lapuk disalah guna | Collector
CSO desak reformasi segera, dakwa undang-undang lapuk disalah guna
Sinar Harian

CSO desak reformasi segera, dakwa undang-undang lapuk disalah guna

SHAH ALAM - CSO Platform for Reform menuntut reformasi segera bagi menamatkan penggunaan undang-undang yang disifatkan usang susulan penahanan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Jorjet Myla.Gabungan itu dalam kenyataan berkata, penahanan serta perintah reman selama tiga hari terhadap individu berkenaan berikutan video mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan penyalahgunaan berterusan Akta Hasutan terhadap rakyat yang menggunakan hak kebebasan bersuara.Menurut kenyataan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim turut menuntut ketelusan daripada pihak polis yang didakwa tidak memberikan penjelasan lebih 24 jam walaupun terdapat pertanyaan media, sekali gus menunjukkan pelanggaran terhadap Akta Polis dan Kanun Tatacara Jenayah dalam sebuah negara demokrasi.CSO Platform for Reform mendakwa insiden itu mencerminkan corak lebih luas penggunaan beberapa undang-undang termasuk Akta Hasutan, Seksyen 124B, 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi menyekat perbezaan pendapat dan membungkam wacana awam.Ujarnya, tindakan berkenaan menghakis kepercayaan rakyat, melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara dan berhimpun, selain bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa."CSO Platform for Reform mengecam penyalahgunaan berterusan undang-undang usang ini sebagai ancaman serius terhadap kemajuan demokrasi, pembaharuan institusi dan ruang sivik di Malaysia."Penindasan terhadap kritikan yang sah melemahkan usaha memperjuangkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan hak asasi manusia, sekali gus merencatkan demokrasi berpartisipasi," menurut kenyataan itu pada Jumaat.Sehubungan itu, gabungan berkenaan mengemukakan beberapa tuntutan, termasuk mendesak Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara serta Jawatankuasa Parlimen supaya segera membentangkan pembaharuan untuk memansuhkan Akta Hasutan, Seksyen 124B, 504, 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sebelum sesi semasa berakhir.Selain itu, pihak polis turut diseru menghentikan semua saman, siasatan dan gangguan terhadap pengkritik serta aktivis yang terlibat dalam ekspresi aman, selain komited kepada latihan berkaitan perlindungan hak perlembagaan dan akauntabiliti.CSO Platform for Reform turut menggesa pertubuhan masyarakat sivil, NGO, persatuan peguam, ahli Parlimen serta rakyat supaya bersatu melalui kenyataan bersama, petisyen, forum dan media sosial bagi menuntut penamatan taktik represif serta memperjuangkan Malaysia yang menghormati hak.Menurut kenyataan itu, Malaysia tidak dapat berkembang sebagai sebuah demokrasi inklusif selagi undang-undang lapuk digunakan untuk membungkam suara perubahan.

Go to News Site