Collector
Gagal brek dipercayai punca treler rempuh lima kenderaan | Collector
Gagal brek dipercayai punca treler rempuh lima kenderaan
Sinar Harian

Gagal brek dipercayai punca treler rempuh lima kenderaan

KUANTAN – Kegagalan seorang pemandu treler mengawal kenderaan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kuantan Bypass-Gebeng di sini pada Jumaat.Kejadian kira-kira jam 11.04 pagi itu melibatkan dua lori treler, sebuah van Toyota Hiace serta dua kereta, iaitu Perodua Myvi dan Honda City.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kesemua kenderaan sedang bergerak dari arah Semambu menuju ke Gebeng sebelum insiden berlaku."Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah lori treler di hadapan telah berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan laluan tersebut."Bagaimanapun, sebuah lagi lori treler dari arah belakang gagal membrek lalu melanggar kenderaan di hadapannya, membabitkan sebuah Honda City, Toyota Hiace, Perodua Myvi dan treler di hadapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu van berusia 36 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala empat pemandu lain termasuk pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.Ashari menambah, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu treler kedua yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku."Keadaan jalan didapati rata dan kering selain cuaca baik ketika kejadian."Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," jelasnya.

Go to News Site