Sinar Harian
PINGAT gangsa yang diraih pada Kejohanan Sepak Takraw Asia di Nagoya, Jepun Februari lalu menjadi isyarat awal bahawa skuad negara masih belum cukup ampuh dalam acara kuadran menjelang Piala Dunia 2026 di Stadium Titiwangsa, bulan depan.Situasi itu menambah tekanan apabila Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama dua pasukan yang semakin menyerlah dalam acara berkenaan iaitu India dan Korea Selatan, selain Singapura yang turut berpotensi memberikan cabaran sengit.Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Ahmad Jais Baharun mengakui keputusan di Nagoya memberi gambaran jelas mengenai tahap sebenar pasukan, terutama selepas tewas kepada India dalam aksi kumpulan dan hanya mencatat kemenangan tipis ke atas Korea Selatan menerusi tie-break.Katanya, keputusan itu menunjukkan jurang antara Malaysia dan pencabar utama dalam acara kuadran kini semakin rapat, sekali gus menuntut peningkatan dari semua aspek."Berdasarkan undian, kita berada dalam kumpulan yang mencabar apabila berdepan Korea Selatan dan India yang memang memberi penekanan dalam acara ini. Singapura juga tidak boleh dipandang mudah."Kita perlu tingkatkan prestasi supaya dapat tampil lebih baik pada Piala Dunia nanti," katanya.Sebagai rekod, acara kuadran julung kali dipertandingkan pada edisi Piala Dunia kali ini yang berlangsung dari 16 hingga 23 Mei.
Go to News Site