Sinar Harian
KUCHING City FC bersedia untuk menghadapi penentuan sepakan penalti sekiranya aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Negeri malam ini berakhir dengan keputusan seri.Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, latihan penalti sememangnya menjadi sebahagian persediaan setiap pasukan apabila berada di peringkat kalah mati, namun beliau tetap berharap perlawanan dapat diselesaikan dalam tempoh 90 minit."Kita mahu perlawanan ini diselesaikan dalam tempoh 90 minit."Sudah tentu sepakan penalti menjadi antara fokus persediaan kita," katanya.Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium MBPJ pada 5 April lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.Aidil dalam pada itu menjangkakan aksi lebih sengit bakal ditampilkan kedua-dua pasukan yang memburu tiket ke pentas final.Sementara itu, Selangor FC dilihat tempang apabila terpaksa turun tanpa dua figura penting pasukan.Kehilangan itu membabitkan ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan peledak utama, Chrigor Moraes, sekali gus memberi tamparan besar buat Gergasi Merah dalam misi memburu tiket ke pentas final.Kedua-dua mereka terpaksa diketepikan selepas mengumpul dua kad kuning sepanjang kempen Piala Malaysia, yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan cukup penting itu.
Go to News Site