Collector
Pelajar dikhuatiri lemas ketika sertai aktiviti sekolah | Collector
Pelajar dikhuatiri lemas ketika sertai aktiviti sekolah
Sinar Harian

Pelajar dikhuatiri lemas ketika sertai aktiviti sekolah

KUANTAN - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan mangsa berusia 16 tahun itu pada jam 6.02 petang.Menurutnya, susulan maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Operasi pencarian dilakukan di pesisir pantai dengan bantuan orang awam."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuantan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi membantu operasi pencarian," katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Datuk Andansura Rabu, melalui hantaran di Facebooknya berkata, mangsa difahamkan terlibat dalam satu aktiviti sekolah bersama sekumpulan pelajar lain di lokasi berkenaan di bawah seliaan guru.Katanya, malang tidak berbau apabila mangsa bersama dua lagi pelajar lemas ketika cuba menyeberangi muara Sungai Balok ketika air sedang pasang."Dua daripada mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, manakala mangsa dikhuatiri lemas."Usaha pencarian dijalankan oleh anggota-anggota penyelamat dari Balai Bomba Gebeng dengan bantuan agensi lain."Sama-sama kita doakan keselamatan semua yang terlibat, dipermudahkan usaha pencarian dan mangsa segera ditemui," ujarnya.

Go to News Site