Collector
RISDA pastikan tiada pekebun kecil tercicir arus pembangunan | Collector
RISDA pastikan tiada pekebun kecil tercicir arus pembangunan
Sinar Harian

RISDA pastikan tiada pekebun kecil tercicir arus pembangunan

JERANTUT - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus memperkukuh sistem penyampaian hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan tiada pekebun kecil tercicir daripada arus pembangunan desa.Pendekatan turun padang dan menyantuni komuniti secara langsung menjadi keutamaan agensi itu selaras aspirasi Desa Madani yang digagaskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Usaha berkenaan juga menyokong sasaran negara untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar getah asli dunia dengan pengeluaran satu juta tan metrik menjelang 2030.Komitmen itu diperkukuhkan menerusi Program Outreach De Tour Pedalaman RISDA, inisiatif yang diperkenal dalam usaha menyantuni pekebun kecil melalui kolaborasi strategik bahagian, kepimpinan negeri dan jentera pelaksana agensi.Program tersebut tidak hanya menelusuri penyampaian bekalan input pertanian di kawasan pedalaman, malah meningkatkan keterlihatan RISDA dalam komuniti selaras dengan semangat ‘RISDA Di Mana-Mana’.Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, bantuan penanaman semula getah, bahan input pertanian dan sokongan pembangunan perlu sampai kepada komuniti sasaran tanpa mengira lokasi.Beliau menegaskan,RISDA sentiasa berusaha memastikan kebajikan pekebun kecil terus dibela melalui inisiatif strategik yang dirangka secara menyeluruh khususnya di kawasan pedalaman.Tambahnya, RISDA memberi perhatian serius terhadap aspek pemasaran hasil."Penubuhan Depo Pengumpulan Sekerap bernilai RM50,000 di Kampung Semena mampu memperkukuh rantaian bekalan dan pemasaran hasil getah di kawasan berkenaan."Depo ini menjadi platform pembelian utama hasil getah di Ulu Tembeling yang meliputi Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Kuala Sat, sekali gus merancakkan jualan berkelompok serta meningkatkan kecekapan pemasaran getah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Outreach De Tour Pedalaman Negeri Pahang dan Depo Pengumpulan Sekerap di Kampung Semena, Ulu Tembeling di sini pada Rabu.Pada program itu, turut diadakan klinik pembangunan ladang, khidmat nasihat teknikal, pembekalan baja serta lawatan ke projek usahawan bimbingan RISDA.Berdasarkan rekod pada tahun 2025, sebanyak 106,920 kilogram getah berjaya dikumpulkan dengan harga jualan mencecah RM3.60 sekilogram.RISDA juga akan terus memperkasa agenda Pembeli Getah Utama menerusi RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB) dengan sasaran peningkatan harga purata getah daripada sekitar RM3 kepada RM3.70 sekilogram.Usaha itu akan dilaksanakan melalui 181 depo sedia ada serta serta pelaksanaan Pemasaran Getah Bergerak di kawasan yang belum mempunyai kemudahan depo.Langkah berterusan itu penting dalam memastikan lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara terus diperkasa sebagai penyumbang utama kepada ekonomi desa dan sektor komoditi negara.

Go to News Site