Collector
Tapak pemancar telekomunikasi pun dah tak selamat | Collector
Tapak pemancar telekomunikasi pun dah tak selamat
Sinar Harian

Tapak pemancar telekomunikasi pun dah tak selamat

NILAI - Dua wanita antara enam individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk tapak pencawang pemancar telekomunikasi di Tangki Air Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Nilai Spring, Villa Desa Casia, Bandar Baru Nilai di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.17 malam."Pemeriksaan di lokasi mendapati, pintu sangkar Remote Radio Unit (RRU) milik syarikat telekomunikasi telah dipecah masuk dan beberapa peralatan telah hilang dipercayai dicuri."Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menjalankan operasi dan berjaya menahan enam suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelasnya, kesemua suspek ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Nilai dan Mantin antara 17 April(Jumaat) hingga Sabtu.Tambahnya, hasil tangkapan tersebut, polis telah merampas beberapa unit peralatan telekomunikasi termasuk Huawei RRU, 'Quad Band Combiner' serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah, selain kenderaan yang digunakan oleh suspek"Semakan rekod lampau mendapati, sebahagian besar suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah terdahulu termasuk kes berkaitan kecurian, samun serta kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya."Siasatan awal mendapati, kumpulan ini bertindak secara terancang dengan memecah masuk pencawang telekomunikasi, mencabut komponen peralatan sebelum dijual di pasaran besi buruk bagi mendapatkan keuntungan," katanya.Johari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan ini turut terlibat dalam beberapa kes kecurian lain di sekitar daerah Nilai.Ujarnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Go to News Site