Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) perlu dilihat sebagai instrumen pencegahan strategik dalam menangani peningkatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang bermula melalui platform digital.Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, landskap jenayah hari ini menunjukkan perubahan ketara apabila pemangsa tidak lagi bergantung kepada pendekatan konvensional, sebaliknya memanfaatkan teknologi dan media sosial untuk mendekati mangsa.Menurut beliau, platform seperti aplikasi pesanan peribadi, permainan dalam talian serta media sosial menjadi ruang utama pemangsa menjalankan proses pengantunan (grooming) secara berperingkat.Sebagai contoh, kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sembilan bulan yang berkenalan dengan suspek melalui TikTok sebelum menjadi mangsa serangan seksual jelas menunjukkan bagaimana hubungan dalam talian boleh bertukar menjadi ancaman zikal."Pemangsa biasanya menyamar, membina hubungan kepercayaan dan memanipulasi emosi mangsa sebelum eksploitasi berlaku. Proses ini sukar dikesan jika tiada pemantauan dan kawal selia yang jelas."Di sinilah pentingnya ONSA, iaitu meletakkan tanggungjawab yang lebih tegas kepada penyedia platform untuk mencegah dan bukan sekadar bertindak selepas jenayah berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau menjelaskan, tanpa undang undang khusus yang responsif terhadap perubahan teknologi, proses pengesanan kandungan memudaratkan dan komunikasi mencurigakan menjadi perlahan serta tidak menyeluruh.Pendekatan lebih komprehensifKatanya, walaupun Malaysia mempunyai Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, cabaran baharu yang berpunca daripada ekosistem digital memerlukan pendekatan lebih komprehensif."Undang-undang sedia ada banyak tertumpu kepada kesalahan selepas jenayah berlaku. Namun hari ini, kita berdepan keperluan untuk mencegah dari peringkat awal melalui kawal selia platform, kewajipan pelaporan dan penyimpanan data digital."ONSA berperanan memastikan wujud akauntabiliti digital serta tindakan pantas menurunkan kandungan yang boleh membawa kepada eksploitasi," ujarnya.Mengulas cadangan larangan penggunaan media sosial bagi individu bawah 16 tahun, Shahul berpandangan langkah tersebut mampu mengurangkan pendedahan langsung kepada risiko tertentu.Bagaimanapun katanya, larangan semata-mata tidak mencukupi kerana akses teknologi sukar dikawal sepenuhnya dalam era digital."Jika hanya bergantung kepada sekatan, kemungkinan wujud penggunaan secara sembunyi tanpa pemantauan. Pendekatan lebih realistik ialah kawalan bersyarat, sistem pengesahan umur yang ketat dan pemantauan aktif oleh ibu bapa," jelasnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan penyedia platform media sosial tidak boleh melepaskan tanggungjawab atas alasan mereka sekadar menyediakan ruang komunikasi.Menurutnya, syarikat teknologi memiliki keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan corak komunikasi mencurigakan termasuk eksploitasi seksual dan aktiviti pengantunan."Jika platform memperoleh keuntungan daripada pengguna, mereka juga perlu memikul tanggungjawab melindungi pengguna khususnya kanak kanak."Kegagalan bertindak secara munasabah terhadap laporan kandungan eksploitasi wajar dikenakan penalti dan tindakan undang-undang lebih tegas," tegasnya.Lapor kandungan mencurigakanBeliau turut menekankan bahawa pencegahan jenayah digital tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata.Sebaliknya, pendidikan literasi digital perlu dimulakan sejak di bangku sekolah rendah bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian, privasi dan risiko manipulasi emosi."Ibu bapa perlu diberi pendedahan dan latihan untuk memahami risiko digital serta memantau aktiviti anak-anak secara berhemah."Pada masa sama, masyarakat perlu membudayakan amalan melaporkan kandungan mencurigakan atau tidak bermoral kepada pihak berkuasa," katanya.Menurut beliau, pendekatan menyeluruh menggabungkan undang undang, pendidikan dan pengawasan keluarga merupakan benteng paling kukuh dalam melindungi remaja daripada ancaman pemangsa dalam talian.Shahul menegaskan, ONSA bukan bertujuan menyekat kebebasan secara melampau, sebaliknya memastikan ruang digital lebih selamat dan bertanggungjawab."Matlamatnya adalah melindungi generasi muda daripada kandungan merugikan termasuk eksploitasi seksual, perjudian dan jenayah siber lain."Jika tiada kerangka kawal selia yang jelas, ruang digital berisiko menjadi medan bebas tanpa tanggungjawab sehingga membahayakan keselamatan kanak kanak," ujarnya.
Go to News Site