Collector
Kira-kira 70 peratus sokong pelajar terlibat cuci tandas sekolah | Collector
Kira-kira 70 peratus sokong pelajar terlibat cuci tandas sekolah
Sinar Harian

Kira-kira 70 peratus sokong pelajar terlibat cuci tandas sekolah

SHAH ALAM - Majoriti responden menyokong arahan kerajaan supaya pelajar dilibatkan dalam jadual mencuci tandas sekolah berdasarkan tinjauan undian (poll) yang dijalankan oleh Sinar Harian di lima platform media sosial setakat jam 9 pagi.Secara keseluruhan, sebanyak 2,658 undi direkodkan dengan 1,874 undi atau 70.5 peratus menyatakan setuju, manakala 784 undi atau 29.5 peratus tidak setuju.Instagram merekodkan jumlah undian tertinggi iaitu 1,979 undi dengan 1,358 undi atau 70 peratus menyokong dan 594 undi atau 30 peratus tidak bersetuju.Menerusi platform YouTube, sebanyak 410 undi atau 67 peratus menyatakan setuju, manakala 202 undi atau 33 peratus tidak setuju dari keseluruhan 612 undi.Di Threads, 22 undi atau 79 peratus daripada 28 responden menyokong cadangan itu, berbanding enam undi atau 21 peratus yang tidak bersetuju.Sementara itu, seramai 24 pengguna terlibat dengan 20 undi atau 83 peratus menyatakan setuju dan empat undi atau 17 peratus tidak setuju di Facebook.Platform X pula menunjukkan ebanyak 14 undi dari 15 undi ataupun bersamaan 93.3 peratus responden menyatakan setuju manakala satu undi atau 6.7 peratus tidak setuju.Pada 3 April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengarahkan semua sekolah di negara ini menyediakan jadual mencuci tandas yang melibatkan pelajar bagi memastikan kebersihan tandas sekolah terpelihara.Beliau berkata, jadual yang akan dimulakan minggu hadapan itu melibatkan semua pelajar sebagai usaha memastikan kebersihan tandas, selain melatih mereka membentuk jati diri.

Go to News Site