Collector
Identiti rakyat Malaysia maut nahas helikopter di Kalimantan dikenal pasti | Collector
Identiti rakyat Malaysia maut nahas helikopter di Kalimantan dikenal pasti
Sinar Harian

Identiti rakyat Malaysia maut nahas helikopter di Kalimantan dikenal pasti

SHAH ALAM – Identiti rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia pada Khamis dikenal pasti sebagai Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, Patrick Kee Chuan Peng.Kementerian Luar Negeri menerusi Konsulat Malaysia di Pontianak mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Sabtu."Menurut pihak berkuasa Indonesia, helikopter berkenaan yang didaftarkan sebagai PK-CFX dan dikendalikan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan telah terputus hubungan sejurus berlepas dari Kabupaten Melawi dalam penerbangan ke Kabupaten Kubu Raya."Bangkai helikopter tersebut kemudiannya ditemui di kawasan hutan terpencil di Desa Tapang Tingang, Kecamatan Nanga Taman, Kabupaten Sekadau dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia berkaitan," jelas kenyataan itu.Media pada Jumaat melaporkan, terdapat lapan mangsa dalam sebuah helikopter Airbus H130 maut apabila pesawat itu terhempas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Mohammad Syafii, helikopter itu terputus hubungan pada pagi Khamis, kira-kira lima minit selepas berlepas dari kawasan ladang di Melawi.Mengulas lanjut berkenaan pengurusan jenazah, kementerian memaklumkan bahawa pihak konsulat sedang giat memberikan bantuan konsular sewajarnya kepada keluarga mangsa."Konsulat Malaysia di Pontianak menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, termasuk menyelaras dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan serta keluarga bagi memudah cara urusan membawa pulang jenazah mendiang ke Malaysia," katanya.Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas insiden yang menimpa mangsa.

Go to News Site