Collector
Selamba curi pakaian dalam di ampaian | Collector
Selamba curi pakaian dalam di ampaian
Sinar Harian

Selamba curi pakaian dalam di ampaian

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian pakaian dalam di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.51 tengah hari dan turut tular di media sosial.Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati suspek yang tidak dapat dipastikan identiti itu datang menaiki sebuah motosikal."Bagaimanapun, nombor pendaftaran serta jenis motosikal yang digunakan tidak dapat dikenal pasti dengan jelas."Suspek dipercayai telah mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Muhammad Hamzah berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk memasang sistem keselamatan serta memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Semalam tular di media sosial rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memberhentikan motosikal sebelum mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian.

Go to News Site